PANITIA

PANITIA SAINS


LAPORAN KARNIVAL SAINS PERINGKAT SEKOLAH SESI 2012
SJKT LADANG TELOK SENGAT

Pada 29/2/2012 iaitu pada hari Rabu yang lalu, telah berlangsungnya Karnival Sains Peringkat Sekolah yang melibatkan semua murid dan guru. Karnival ini merupakan antara program anjuran Panitia Sains yang bermatlamat menyedarkan murid tentang kewujudan sains di sekeliling mereka.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah kuiz sains yang melibatkan semua murid, demonstrasi ujikaji sains oleh murid-murid tahap 2, dan pameran buku skrap oleh murid-murid tahap 1. Berikut merupakan senarai aktiviti dan murid-murid yang telah mengambil bahagian:

(Tahap 2)

EKSPERIMEN: KETUMPATAN AIR


1)      NARAYANAN
2)      SUMIDHA
3)      THINES KUMMAR
4)      SELVANADHAN
5)      YANIDHA

(Tahap 1)
BUKU SKRAP: HIDUPAN & BUKAN
                            HIDUPAN

1)      VIJAYARANJITHA
2)      CHAMNI
3)      THIRAN RAJ
4)      ANANDAH SIVA RAJ

            Aktiviti telah dimulakan pada jam 2.00 petang dengan taklimat oleh pengurus karnival. Murid-murid dipecahkan mengikut kelas masing-masing untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Kuiz berlansung selama setengah jam dan murid-murid kembali berkumpul untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti demonstrasi eksperimen oleh murid-murid tahap 2.
            Eksperimen menguji ketumpatan air tersebut telah berjaya dibuktikan dan murid-murid yang terlibat dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh juri. Persediaan yang dilakukan dengan bimbingan guru iaitu Cik Jayapiratha telah menunjukkan hasil yang memuaskan. Melalui aktiviti ini murid dapat menambahkan pengetahuan di samping berupaya meningkatkan keyakinan diri.
Bagi aktiviti seterusnya iaitu pameran buku skrap bertajuk Hidupan dan Bukan Hidupan oleh murid-murid tahap 1 dengan bimbingan Cik Bawani telah menunjukkan hasil yang amat baik. Guru Besar, Pn.Saraswathy turut mengambil peluang bertanya beberapa soalan kepada murid-murid yang terlibat. Melalui aktiviti ini murid-murid dapat membezakan antara hidupan dengan bukan hidupan di sekeliling mereka. Selain itu, aktiviti ini juga dapat melatih sikap bekerjasama dalam satu pasukan.
Secara keseluruhannya, Karnival Sains Peringkat Sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama oleh semua guru dan murid. Diharap agar aktiviti seumpama ini akan dapat terus diadakan pada masa-masa akan datang.


Disediakan oleh,                                                                                 
                                 
(CIK NURUL HUSNA ZAINALL ABIDIN)                                    
Setiausaha Karnival Sains                                                                  
SJKT Ldg. Telok Sengat.                                                                   

No comments:

Post a Comment