Sunday 4 November 2012

SEJARAH TELOK SENGAT



Telok Sengat ialah sebuah pekan yang terletak di muara Sungai Johor, kira-kira 40 kilometer dari Kota Tinggi menghala ke Desaru di negeri Johor. Telok Sengat menjadi kawasan tumpuan untuk kaki pancing yang memancing di jetinya yang panjang atau di pantai pada hujung minggu. Terdapat juga rakit-rakit yang boleh dijadikan destinasi memancing.

Pemandangan pada waktu malam amat menarik dengan gerai makan menghadap ke Sungai Johor. Anda akan dapat melihat pembinaan jambatan merentasi Sungai Johor yang sedang rancak berjalan.

Persatuan Belia Bersatu Telok Sengat (PBTS) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Sektor Telok Sengat, UMNO Cawangan Telok Sengat, Pergerakan Pemuda UMNO Telok Sengat dan Pergerakan Wanita UMNO Telok Sengat mengadakan pertandingan memancing setiap 2 minggu sekali (Ketika air pasang besar iaitu awal dan pertengahan bulan Kalender Islam). Penyertaan hanya dikenakan bayaran sebanyak RM 3 sahaja. Hadiah berupa hamper. Matlamat utama PBTS adalah untuk menarik pengunjung ke Telok Sengat pada malam minggu dan mereka digalakkan membawa keluarga bersama.

Satu lagi tempat yang menarik di Telok Sengat ialah Taman Buaya. Terletak di Kampung Belading yang jaraknya 0.5 km dari pekan Telok Sengat. Terdapat juga makam lama berhampiran Taman Buaya.

No comments:

Post a Comment