MBMMBI

LAPORAN MBMMBI SJKT LADANG TELOK SENGAT


LAPORAN CITRA BAHASA
PANITIA BAHASA MELAYU 2012

Pengenalan
Program Citra Bahasa merupakan program anjuran JPN Johor yang bermatlamat meningkatkan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Program Citra Bahasa Melayu ini dijalankan dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Jumaat.  Murid-murid akan terlibat dengan program ini pada jam 7.05 sehingga jam 7.25 iaitu sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran bermula.
Objektif Citra Bahasa ini diadakan adalah untuk :
·         menanam sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid.
·         meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid SJK.
·         menanam sikap rajin dengan menyalin karangan yang dibaca sebagai panduan dan rujukan tambahan.
·         memastikan murid tidak membuang masa dengan bermain-main apabila sampai di sekolah.
Sasaran
Program ini mensasarkan semua murid dengan bimbingan guru bertugas dan pemantauan oleh pihak pentadbir sekolah.
Pengisian
Program ini melibatkan aktiviti membaca secara beramai-ramai dengan dipandu oleh salah seorang murid mengikut giliran. Di samping itu, murid turut menyalin karangan yang dibaca sebagai rujukan tambahan. Selain Bahasa Melayu, program ini turut melibatkan Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Tamil. Sumber atau bahan-bahan bacaan ini disediakan oleh panitia masing-masing.


Refleksi

Program ini disambut baik dan memberikan impak yang besar kepada murid kerana murid didedahkan dengan bentuk-bentuk penulisan yang baik dan mudah untuk dijadikan rujukan. Selain meningkatkan prestasi murid dalam Bahasa Melayu, murid juga dapat memanfaatkan masa terluang sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran bermula.
Cadangan penambahbaikan pada masa-masa yang akan datang adalah seperti mempelbagaikan corak penulisan seperti penulisan prosa yang terdiri daripada puisi, pantun, sajak, dan syair. Melalui pendekatan ini murid akan dapat mengenali keunikan bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Selain itu, murid juga dapat menambahkan perbendaharaan kata di samping menghasilkan ayat yang lebih gramatis.
Program ini harus diteruskan kerana ianya telah menampakkan hasil yang baik dan perlu disambut baik oleh semua sekolah. Melalui program ini diharapkan agar matlamat JPN Johor dalam memastikan prestasi murid dalam Bahasa Melayu dapat terus ditingkatkan selain menyambut seruan kerajaan dalam usaha “Memartabatkan Bahasa Melayu”.



Dilaporkan oleh,   
                                                                                                                                     
NURUL HUSNA BINTI ZAINALL ABIDIN                             
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SJK (T) Ladang Telok Sengat

Tarikh: 03 April 2012



No comments:

Post a Comment